Selasa, 28 Disember 2010
INSYAALLAH....blog akan beroperasi semula.....
Jumaat, 28 Mei 2010
Berkurun..
In the name of ARRAHMAN and ARRAHIM..
Nk terketawe rasenye..sbb terlalu2 lame x update blog..bersawang labah2 dah agaknye.Hmm..anyway..hidup mesti diteruskan.Wlu penat mengharungi hidup di matrik..aku perlu teruskan jgak..aku mesti mencipta kejayaan.Menyelesaikan harapan keluarga yg besar punya,,,^_^
Aku perlu pandai membahagikan mase,berkaitan tugas n study..mantap sgt bile dah masuk tahun kedua nih..kecuakan dan kebimbangan aku sudah mencapai tahap maksimum.Namun,sbgai hamba ALLAH yg lemah,aku kena yakin bhw aku pasti berjaye,disamping bnyk berdoa n tingkatkan amalan..
Ya..bile di sebut ttg amalan,amalan2 yg bagus utk aku sbg seorang pelajar adalah puasa sunat,tahajjud,solat2 sunat,bace quran...pd aku perkara ni penting..sbg asas utk taqarrub ILALLAH...hmm..mate sudah ngantuk...pc sudah kate pegi..katil sudah kate mari2 tdo...hehe..
oke,wssalam...
Khamis, 22 April 2010
Isnin, 19 April 2010
7 jenis wajah mayat di dalam kubur
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan
perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini
jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam
Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk ****.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat
lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai
dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan
keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan
ditempat gelap, minum arak,
berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta
yang haram. Harta yang haram banyak contohnya.
Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta
haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka
berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal
soleh.
Khamis, 18 Mac 2010
10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang
bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami
memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?"
Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan
sepuluh perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
lari daripadanya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
bersedia baginya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
jadikan pelajaran bagi mereka.
MasyaALLAH....takut tatkala membaca artikel ini...aku khuatir akukah dalam kalangan 10 tanda ini???Tetapi aku berharap pada ALLAH yg MAHA KUASA,agar aku bukan dalam kalangan sepuluh ini...YA ALLAH...ampuni segala dosa2 ku.. maafkan segala khilaf dan keterlanjuran ku dalam menjalani ujian dan mehnah di alam yang sementara ini..ampuni aku YA ALLAH..aku mohon..aku rindu padaMU YA ALLAH...
(hati kecilku merintih)
Ahad, 14 Mac 2010
Hawa Bacalah!!!
Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....
Hawa, Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?
Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.
Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Hawa, Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Hawa, Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
Khamis, 11 Mac 2010
Bila Solat Di Pandang Enteng!
Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini berkenaan sikap atau tanggapan sesetengah
masyarakat memandang enteng amalan solat yang menjadi teras kepada keIslaman selepas
melafazkan kalimah syahadah. Contohnya kalau sakit sahaja maka mereka beranggapan terluputlah
kewajipan solat itu walau pun sakit tu tak seberapa. Bila anggota wudhu' berbalut luka maka itu
dijadikan alasan untuk tidak bersolat. Dan apabila berpergian ke suatu tempat yang jauh maka itu
dijadikan sandaran untuk tidak bersolat. Dan apabila sibuk sahaja, itu juga turut dijadikan modal untuk
tidak bersolat. Dan ada pula dengan mudah mengqadhakan sahaja solat apabila berlaku sebarang
gangguan. Sesetengah dikalangan kita beranggapan apabila menunaikan solat mesti lengkap dengan
kain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok hitam. Jika tidak maka tak sempurnalah amalan solat itu.
Begitulah longgarnya fahaman berkenaan solat itu. Menjadikan kefardhuan solat hanya dilakukan di
waktu senang dan aman sahaja. Wal hal Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Bermakna
jika tiang tidak didirikan seolah-olah telah meruntuhkan agama. Kalau hanya melakukan amal soleh
seperti puasa, zakat, berakhlak mulia, tolong menolong dan segala bentuk amal yang lain tetapi solat
diabaikan. Yang pasti amal itu tidak diterima Allah. Bagaimana amalan lain hendak diterima Allah
sedangkan asas dan tiang iaitu solat tidak didirikan. Sedangkan amal-amal yang lain itu bertindak
umpama dinding, tingkap, bumbung yang melengkapkan terbinanya sebuah rumah.
Islam amat menitikberatkan supaya solat tetap diamalkan oleh hambaNya. Sebab itu Islam
menyediakan kelonggaran bagi sesiapa yang uzur yang tidak boleh bersolat seperti biasa, dibenarkan
solat duduk, kalau tak boleh di benarkan berbaring atau mengiring. Kalau tak boleh juga hanya melalui
gerakan kelopak mata pun masih dibenarkan. Begitu juga bagi yang bermusafir, Islam memberikan
bonos kepada ummatnya supaya mengerjakan solat secara jamak atau qasar. Selain itu bagi yang
tidak boleh berwuduk seperti biasa dibenarkan bertayammum. Pendek kata walau dalam keadaan mana
sekalipun situasi dan kondisi seseorang itu, solat pasti dikerjakan. Qadha solat hanya dibenarkan
kepada mereka yang terlupa dan tertidur sahaja. Tak lebih dari itu.
Tok anjang bukan nak mengajar itik berenang kerana memang begitu fitrahnya itik. Jika tidak diajarpun
itik tetap boleh berenang. Cumanya dalam hal solat ini kita saling memperingati di antara satu sama
lain. Kadang-kadang kita dialpakan dengan kesibukan dan kecanggihan hidup dizaman ini. Yang pasti
walau dalam keadaan mana sekalipun dan kita berada di zaman apa jua, solat lima waktu mesti
ditunaikan. Itulah amal yang tidak boleh dikesampingkan.
3 CARA SYAITAN PERDAYA ANAK ADAM
Jumaat, 5 Mac 2010
Yahudi promosi al-Quran baru
Rabu, 3 Mac 2010
Nilai Tudung Seorang Wanita
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Rahsia Solat Di Awal Waktu..
Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
Khamis, 14 Januari 2010
TEMAN.....
Semakin aku mengenalimu..
semakin aku faham akan diriku
kau menghulurkan tgn di saat aku amat memerlukannya
kau membantu aku bangkit kembali
di saat aku jatuh..di saat aku kehilangan arah
Sesungguhnya kaulah makhluk tuhan yang mulia sifatnya
aku mendambakan kasihmu hingga akhir hayatku
kasih kita tersulam indah di lakaran hidupku
Sahabat..
sesungguhnya diri mu ibarat mutiara yang tersimpan indah di dasar lautan
hanya menunjukkan keindahannya pada mereka yang sanggup
bersusah payah untukmu
dan aku bersyukur kerana aku berpeluang melihat keindahanmu..
Sentiasalah bersamaku teman....
p/s: Ini hasil nukilan sahabatku yg ingin di kenali nomie@mira.
Terima kasih kerana mengizinkan post di blog ini....=)
Syukran kathir ala kulli hal...
Rabu, 13 Januari 2010
Duhai manusia...
Khamis, 7 Januari 2010
Romantiknye...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
Bagaimanakah hendak mengekalkan keromantikan rumah tangge wlu pun dah berusia..?Adekah dgn bg bunga tiap2 hari..?Atau dgn lafaz kate2 cinte setiap pagi dan malam..?Entahla...sebenrnye ana x tau pun....sbb blum merasainya..huhu (^_@)
Nk berkongsi sebenrnye...bagaimane nk mengekalkan suasane romantik tu wlu di usie tua.Ana sgt terpegun melihat keromantikan mak dan ayah ana....bagaimane ye ana boleh kate mereka romantik?
Setiap solat ayah akan tuggu mak klu mak lambat.Begitu jge mak akan tggu ayah klu ayah lmbat.Ayah sibuk,tu yg kadang2 lambat.
Sebelum solat..mereka akan solat sunat bersame2.Kemudian akan berjemaah same2.Mak ayah selalu bergurau...seronok tgk.Bergurau bukan yg lagho ...
Setiap solat...mereka akan berjemaah...klu subuh...ayah akan kejut mak...wah! SERONOKNYE...
Ku harap...aku juga begitu nnti....beribadat bersame2..hidup menuju ALLAH bersame2..Amiin..
Ana suke care ayah mendidik kami...ana bersyukur kpd ALLAH..kerane di lahirkan menjd anak ayah dan mak...tarbiah sentiase ade..klu ana berade jauh dari rumah..rase rindu akan motivasi ayah.Hehe..cite lain ni....
Klu nk romantik mcm tu....ni pandangan ana....ade care lain utk romantik... Sekadar perkongsian...
WASSALAM..
Selasa, 5 Januari 2010
Kenapa begini..?=(
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Alhamdulillah..dpt juga ana berkongsi pengalaman ana di blog sendiri.Dah lame nk kongsikan tetapi rase segan pulak..(^_@).
Begini..dari awal persekolahan..iaitu sekolah men ana berada dalam bi'ah agama. Ttp selepas habis tingkatan lima..ana ditawarkan melanjutkan pengajian di bidang bukan agama.Rase mcm takut je nk p..tp atas dorongan mak,ayah,abg2..ana pun bersetuju...sebelum tu ana dah istikharah dah.Sebelum melangkah ke tempat baru..ayah berpesan kpd ana "wlupun bukan bidang agama,tp ISLAM kena di bawa dan di pegang sentiasa" itulah yg ana pegang selama menuntut di situ.
Setelah beberapa ketika ana menuntut di situ,bermcm2 ragam manusia yg ana jumpe.Terkejut,terkesima,semua ada. Tp, ana tidaklah menghina mereka..ana sgt terkejut "begini keadaan sahabat2 aku kat luar,dulu kat sekolah semua ok,ustazah dan ustaz selalu bg peringatan...kat sini xda sapa peduli". Bila cerita kat sahabat2 seperjuangan kat sek dulu..mereka pasti berkata "itulah tanggungjawab kau untuk memimpin mereka sbb tu ALLAH letak kau kat situ" Fuh! Mmg mantap ayat sahabat ana tu.Ye,mmg betul ape yg sahabat ana cakap.
Ana pun bertungkus lumus menegur dam berdakwah di situ..tp,hakikatnye ana sgt pemalu..ana x pandai nak berdakwah seperti sahabat2 yg lain..ana hanya mampu bg cadangan dan buah fikiran shj..
Ade satu kisah yg sgt menyentuh hati ana...satu mlm tu ade ceramah di surau besar...dan ade satu pengumuman di buat "kpd semua wrge kolej.... anda diwajibkan untuk pergi ke surau besar untuk mendengar ceramah dr ust......." dan seterusnyalah.Ana x ingat ape lg yg org tu ckp. Kemudian terdengarlah ade student yg cakap..."wajib? knp wajib..?aku bnyk keje ni..muat ke surau tu..?b_ _ _h la sape yg buat announcement ni" ya..begitulah ayatnye..tersentap jantung eden mendengar kate2 tu...ttp nk x nak mereka pun pergi juga...
Nk di bandingkan dgn satu majlis yg berlaku di kolej....ade satu pertandingan "Battle of the band" menyanyi ntah ape2...lagu inggeris...rock...majlis start kul 8...7.45 da ramai da kluar nk tgk...x payah announcement pun..ramai je yg pegi..pedih hati ana tgk...kenapa begini..?Badan dakwah di kolej pening pikir ape jln penyelesaiannye..tp..kami terikat dgn pentadbiran kolej...nk wat tang mana lg..??
p/s: renungkanlah kisah yg ana kongsikan ini..bukan penghinaan tp perkongsian supaya kita muhasabah di mana kita...iman kita..?siapa mahu bantu mereka klu bukan kita..?tuntunlah mereka supaya cinta ISLAM...!TAKBIR..!
ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI....
Isnin, 4 Januari 2010
Ahad, 3 Januari 2010
MUHASABAH CINTAKU
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkn semua padaMU
Tuhan baruku sedar
Indahnya nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMU
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir diiring doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jd penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang KAU beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
YA ILAHI...
Muhasabah cintaku
Tuhan...kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dgn MU..
Sabtu, 2 Januari 2010
Di tagged oleh tiqamus dan tqajml
hot tu ape..?ntahla..aq kan skema tqa2 sume..hehe =p
2. upload satu gambar yang anda suke..
3. cerita pasal gambar
gambar ni aq ske sbb aq nk ucap kat tqamus ngan tqa jml..senyum2 selalu ye...comel je aq tgk kalau korang senyum.
4.bila kali terakhir makan pizza..?
x ingat...sbb x selalu mkn..kali terakhir wktu kecik2 dulu kot.. sek rendah kot..haha(^_@)
5. apakah lagu terakhir yg anda dengar?
lagu muhasabah cintaku..nyanyian sape ntah...
6. apakah yg anda lakukan selepas menyelesaikan tagged ini..?
tgk cite momok the movie..sbb adik nk tgk...isk3
spatutnye nk edit bnyk lg...=(
7. selain name anda,ape name pgglan org gune utk pggil anda?
xade rasenye...sume pggil ngan name yg sesuai....hehe..=)
8. tag lg 6 0rg
1. tka tumami
2. nana
3. tqajml
4. tqamus
5. atie
6. zira
9. siapakah gerangan no 1 pd anda..?
sahabat aq dr f1...syg kat dy..smg dy berjy dunia dan akhirat..
10. kate sesuatu pd org no 5
tu adik aq satu2nye...hehe,, wlupun selalu2 ber'perang'..tp hakikatnye syg sgt kat dy..
11. no 3 ade ape hubungan dgn anda...?
sahabat aq..bnyk kongsi cite,,rahsie...pengalaman....rindu kat dy..kdg2 soalan dy membuatkan aq termuhasabah..syukran tqa...=)
12. bgaimana pula dgn no 4?
hehe..ni aq x sabar nk tulis ni...tqa ni besfren dr f1 sampai bile2..insyaALLAH.. syg kat dy...smg persahabatan kami berkekalan dan diredhaiNYA..Amiin..
13. pesanan kpd org no 6
erm....zira,....syg ko...ingat kisah suke duke kite ye....doakan aq..smg ketemu ya...
14. kelebihan pd no 2..
wlupun dirinye kecik..ttpi.. otaknye sgt geliga..nana ni bdak pandai tau...hehe..btul x..?
salam sume....=) hehe..tqa2 jml n mus..tq tagged aq..tp aq tertagged kamu berdua balik...xtau nk tagged sape..ok..salam..=p
Ingatan
Mengenai Saya
- mujahidahulya
- "Kebahagiaan orang yang beriman adalah dengan mencintai ALLAH.Cinta kepada ALLAH adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam daripada sesuatu yang dalam.Hanya orang yang benar-benar beriman dapat merasakannya,dan perasaan itu tidak dapat ditukar ganti."
Popular Posts
-
اللهمّ نوّر قلبي بنور هدايتك كما نوّرت الأرض بنور شمسك ابدا ابدا Maksudnya: ALLAH,terangkan hatiku dengan cahaya hidayahMU,seperti kau ter...
-
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keselur...
-
Organisasi Yahudi, Yad Lahim, bertindak biadap dengan menerbitkan risalah setebal 222 muka surat yang digelar mereka ‘al-Quran baru’ bertuju...
-
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah,...
-
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... Dengan izin ALLAH,dapat lah aku meneruskan pengisian dlm blog ni,yg sudah berbulan-bulan d biarkan.^^ Entri ...
-
Alangkah indahnya hidup ini Hidup bersama ILAHI Kehendak ALLAH difahami Pandai menerima dariNYA Bijak menggunakan nikmatNYA Ia dianggap ibad...
-
Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini berkenaan sikap atau tanggapan sesetengah masyarakat memandang enteng amalan solat yan...
-
Hari ni aku nak cerita kisah2 anak sedare aku yang comel2 sgt3....HEHEHE... mcm aku sbg makciknye.... Walupun mereka nakal,biase lah...b...
-
Duhai manusia.... takutlah pada ALLAH... malulah pada ALLAH... DIA yg menciptakan panca indera mu.. DIA yg memberikanmu nikmat.. Tegarkah ka...
-
Semakin aku mengenalimu.. semakin aku faham akan diriku kau menghulurkan tgn di saat aku amat memerlukannya kau membantu aku bangkit kembali...
Blog mereka...=)
-
7 Wasiat Nabi s.a.w kepada Abu Dzar al-Ghifari4 minggu yang lalu
-
Daurah Fiqh Nisa6 tahun yang lalu
-
-
Ramadhan : Didikan untuk menjadi orang soleh.10 tahun yang lalu
-
Tolak Sampai Jatuh..!!11 tahun yang lalu
-
Berdoalah Supaya Ditetapkan Hati13 tahun yang lalu
-
MA'RIFATULLAH14 tahun yang lalu
-