Subscribe:

Ads 468x60px

Fruity Lemon Heart

Selasa, 10 November 2009

Kita makhluk mulia


Kalau ada org bertanya kpd anda dari manakah asal usul anda,apakah yg biasa anda menjawab? "Saya asal ayer hitam,tp skrg duduk di Batu Pahat",

"Mak ayah sy org Johor",

"Datuk saya orang bugis,nenek pula orang banjar".

Itulah yang biasa kita jawab.Asal usul keturunan.Tetapi bukan itu jawapan yang kita mahu kali ini.Persoalan yang kita mahu kupas disini bukan semata mata asal usul.Tetapi kita nak merasakan kehidupan benar benar satu anugerah daripada ALLAH dengan kite merenung semula penciptaan kita ,drpd apakah kita di ciptakan dan siapakah yang mancipta kita.


Secara ringkasnya ,kita hendaklah mengetahui dari mana kita dtg.


Mari kita bersama-sama menghayati firman2 ALLAH TAALA yang mensceritakan ttg kejadian manusia:


"Dan sesungguhnya ,kami menciptakan manusia itu daripada saripati yg berasal dari tanah." (Al-Mukminun:12)

"Kemudian kami jadikan air mani itu sesuatu yang melekat ,lalu sesuatu yg melekat itu kami jdkan segumpal daging ,lalau kami jdkan dari segumpal daging itu tulang-belulang,lalu tulang-belulang itu kami bungkuskan dgn daging,kemudian kami menjadikannya makhluk yg berbentuk lain.Maha Suci ALLAH yg merupakan sebaik2 pencipta."(Al-Mukminun:14)


Subhanallah ,mmg benarlah ALLAH itu sebaik2 pencipta .Lihatlah sekarang ,boleh bercakap,berjalan,berfikir,melihat,melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan.ALLAH menjadikan kita hanya daripada setitis maniyg bergabung dgn ovum kpd manusia yg wujud sejak zaman dahulu hingga kini.Ajaib bukan..?Siapakah yg dapat melakukan ini selain ALLAH..?


Terjawabkah persoalan td,darimanakah kita datang?Jawapannya hanya satu,kita datang dari ALLAH..ALLH mencip[takan kita dgn teliti,tersusun.dan teratur serta berperingkat.


Kenyataannya kita dtg dari ALLAH .Dan kampung kita adalah Syurga.Percaya?ALLAH menciptakan kita drpd tanah hanya sekali.Iaitu manusia pertama ,bapa kita Nabi Adam a.s.


Kita sebenarnya makhluk istimewa.Apabila Nabi Adam a.s itu diciptakan ,ALLAH swt memerintahkan para malaikat dan iblis utk sujud kpd Nabi Adam a.s sbg tanda hormat.

"Dan ingatlah ketika kami berkata kpd para malaikat,sujudlah kamu semua kpd Adam,mereka semua bersujud kecuali iblis yang membantah."(Taha:116)

Lihat,betapa mulia dan istimewanya kita. Tidakkah kita merasa diri kita ini begitu berharga?Dicipta sebaik2 pencipta ,dan dicipta pula dgn sebaik2 kejadian,kemudian diarahkan pula malaikat sujud kpd kita.

Kita datang drpd ALLAH.


Marilah gerakkan akal kita dan duduk berfikir sebentar ,apakah matlamat kita didatangkan dgn keistimewaan .Adakah hanya utk bermain2 sahaja..?

Mari kita duduk dan muhasabah diri kita ...insyaALLAH...






Isnin, 9 November 2009

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:

AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK) Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.

Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.

Tinta bermanfaat


Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah masih di beri kesempatan oleh ALLAH untuk mengedit blog ana ni..kita sbg hambanye tidak tahu sampai bile kite sempat untuk beribadah kepadaNYA.Ana ade terbace satu artikel dalam buku..teringin rasenye berkongsi dgn sahabat2 sekalian.Semoga bermanfaat..
Berfirman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai manusia ,tiada kehidupan yang baik umpama tafakur tentang ALLAH.Tidak ada warak umpama menahan diri daripada menyakiti sesuatu.Tidak ada kasih sayang lebih tinggi daripada adab.Tidak ada yang dapat menolong seperti taubat (taubatlah sebenar-benar penolong).
Tidak ada kasih yang lebih tinggi daripada adab .Tidak ada ibadah seperti ilmu (ilmu itu adalah ibadah yang besar).Tidak dikira sembahyang melainkan dengan rasa takut.Tidak ada kemenangan seperti sabar.Tidak ada kebahagiaan melainkan dengan taufiq.
Tidak ada perhiasan yang lebih indah daripada akal .Tidak ada teman yang lebih jinak daripada kelembutan.
Wahai anak Adam,kosongkanlah hatimu untuk bsribadah kepada KU nescaya Aku akan penuhi hatimu dgn kekayaan Nur.Aku akan berkatkan rezeki mu dan Aku isikan kerehatan pd tubuhmu.Jangan kamu lupa utk mengingatiKU.
Sekiranya engkau melupaiKU,akan KU penuhkan hatimu dengan kefakiran,tubuhmu dengan keletihan dan kesukaran dan dadamu dgn dukacita.
Sekiranya engkau melihat baki drpd umurmu nescaya engkau melupakan baki drpd angan2mu .Wahai anak Adam,dgn kesejahteraan daripadaKU engkau mampu melakukan ketaatan.Dengan taufik drpdKU engkau boleh menunaikan perintah2KU.
Dengan rezeki daripadaKU jua engkau kuat melakukan maksiat kpdKU.Dengan kehendakKU engkau menginginkan sesuatu.Dengan kehendak dariKU engkau mahukan sesuatu utk dirimu.Dengan nikmatKU engkau berdiri,duduk dan beristirehat.Dengan pemeliharaanKU engkau berpetang2 dan berpagi2.Dengan nikmatKU engkau berbolak balik.Dengan afiat drpdKU engkau bercantik2 tetapi kemudian engkau melupai AKU dan mengingati selain KU.Maka knp engkau tidak menunaikan hakKU dan berterima kasih kpdKU.....?
(petikan Hadis Qudsi ,kitab Imam al-Ghazali al-Mawa'iz fil ahadis al-qudsiah)


kembali padaNYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh.

Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup. Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah taala. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya.

Lebih sesuai untuk menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal.

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w.,

“ Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.”


Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.

Keperluan badan manusia terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara ini cenderung menyalahi akal dan melampaui batasan. Oleh itu, kemahuan ini perlulah disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Manusia pasti terpesona dan terpikat melihat warna-warni pelangi yang menghiasi dunia, tergodanya mereka dengan ‘syurga’ dunia yang menghancur dan membinasakan diri mereka akhirnya. Melainkan insan-insan bertuah yang diselamatkan Allah. Mereka berhati-hati supaya tidak tergoda. Pintalah keselamatan daripada Allah. Rayulah agar Dia memelihara kita daripada segala kejahatan, mungkin datang dari lubuk hati, atau nafsu, syaitan, juga syaitan manusia.

Usaha tidak terhenti di situ, kita mestilah berusaha memelihara hati dan diri daripada perbuatan haram yang akan mengotorkan hati dan langsung akan menjarakkan relisi kita dengan Tuhan.

Tuhanlah matlamat kita.

Ke manakah kita sehari-hari? Menuju ke mana?

Tidak lain tidak bukan kembali kepada Pencipta, Allah al-Khaliq. Manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupannya akan menemui kegagalan dan kemuflisan dalam merencah rencah-rencah delima hidup ini.

Cinta kepada Allah merupakan sumber dan benteng kekuatan yang akan menghalang kita daripada terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Untuk menguatkan agar cinta kita tidak tergugat, perlulah ia dibajai dengan sifat-sifat yang mulia, terutamanya sifat zuhud. Bagi membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar demi kebahagian di dunia dan akhirat, perlulah kita memandang dunia ini dengan pandangan yang betul.

Kenapa perlu berzuhud dengan dunia?

Zuhud dalam ertikata melihat dunia ini tidak lebih dari kepentingan akhirat.
Mencari hasil dunia jangan sampai lagha kepada Tuhan.

Kekayaan tidak menghitamkan keimanan selagi kayanya kita ini semata-mata kerana Allah taala.
Namun sekiranya lar-lar harta itu membuatkan kita semakin leka akan hakikat diri, sesungguhnya kekayaan ini bakal menghancurkan pemiliknya seperti anai-anai menghancurkan kayu.

Firman Allah, “Kekayaan telah melalaikanmu,” ayat pertama dalam surah al-Takasur ini jelas larangan kekayaan yang menyebabkan kita lagha dan lalai kepada Allah.

Adapun kekayaan yang dipentaskan oleh keimanan kepada Allah pasti akan menghasilkan hasil yang lumayan untuk ummah. Insya-Allah!

Kenapa perlu berzuhud? Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara.

Antaranya:

PERTAMA

Ia berpura-pura kekal bersama kita.

Hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, “ Selamat tinggal,” kepada kita.

Seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

KEDUA

Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat.

Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa. Inilah wajah dunia.


Senjata seterusnya untuk membentengi iman dan menyuburkan cinta kita kepada Allah taala ialah tafakur. Merenung memikirkan ciptaan Allah. Ambil sejenak waktu, renunglah bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan sirna lenyap sama sekali!

Maka nampaklah betapa dunia ini berupa tipuan belaka. Tiada kalimah yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan betapa ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang tetap dan kekal.

Membuat rancangan untuk sepuluh tahun mendatang, sedangkan mungkin dia akan berada di dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari sahaja lagi! Siapa tahu? Siapa yang membiarkan dirinya ditenggelamkan lautan keindahan dunia fana ini, dihempas ombak nafsu yang menggila, suatu saat nanti tangannya akan menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya dan kemudian memuntahkan semula! Kelazatannya hilang sirna. Bagai helang yang hilang sayapnya.

Harta semakin betimbun rimbun. Jiwa semakin rimas mencecah usia tua. Sayangnya untuk meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi. Semakin pedih dan sedihlah hendak meninggalkan semua itu.

Kelak tidak berharga serimis pun! Kepedihan meninggalkan dunia, di akhirat juga akan terasa pedihnya. Kebahagiaan saat meninggalkan dunia, di akhirat pun ada bahagia menanti. Insya-Allah.


Seseorang telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

SATU : Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

DUA: Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.

TIGA : Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

EMPAT:Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

LIMA : Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

ENAM : Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.

Janganlah teragak-agak lagi untuk menjernihkan hati. Baikilah hubungan kita dengan Allah. Usah dicemari lagi, semoga Dia menjaga hati juga jiwa juga roh kita kesemuanya. Amien.

Wallahu'alam.