Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Fruity Lemon Heart

Selasa, 5 Julai 2011

JANGAN BIARKAN HIDAYAH ALLAH BERLALU BEGITU SAHAJA


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Dengan izin ALLAH,dapat lah aku meneruskan pengisian dlm blog ni,yg sudah berbulan-bulan d biarkan.^^

Entri kali ini aku dapat ilham pd jam 3 pg td,aku tidak mampu untuk lelap kan mata dek beberapa perkara yg xpenting pun.Itulah manusia,perkara tak penting d fikir2,yang penting tak diendahkan.ALLAH...jahilnya diri ini..
'Jangan biarkan hidayah ALLAH berlalu begitu sahaja'..kenapa tajuknye begini?
Sebagai hamba,kite punya ALLAH yang sangat cinta dan sayang pada kita.Bukti?Saban pagi,kita masih boleh sedar dari tidur,kerana apa?Kerana ALLAH masih beri peluang untuk beribadat kpdNYA,untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.ALLAH masih lg memberi nikmat pada kita.Kita saje yg xsedar!Jahil!Sombong!Betul x??
"Nikmat yang manakah yang mahu kamu dustakan?" (SURAH ARRAHMAN).


Setiap manusia akan melakukan kesilapan.Akan terlalai.Even die tahu ape yg die buat tu salah,tp kerana nafsu,semuanya kabur.Perkara salah,terase seronok je nak buat.Sbb syaitan akan memberi perencah rase semasa kite melakukan perkara yg salah tu..Tapi,ALLAH MAHA PENYAYANG...pernah x mase kite buat salah tu,buat maksiat,tbe2 terdetik kat fikiran kite,'hei...,ini salah'...maka,itu maknanya ALLAH yg mengingatkan kita,ALLAH xnak kita terpesong jauh..Sedarlah diri yg lemah ini,ALLAH sgt sayang padamu,kau je yg x nak.Jgn tolak ape yg kite terfikir itu,itu hidayah ALLAH,jgn biarkan ia berlalu begitu shaja...
ISTIGHFARLAH,MUHASABAHLAH DIRI,KEMBALI PADA JALAN YANG DREDHAI ALLAH,KEMBALILAH....ambil wudhu' dan solat sunat taubat...mohon ampun pd ALLAH..berjanji pada diri,akan jadi yg terbaik utk ALLAH...

BERUBAH LAH kepada yg lebih baik dan memberi manfaat pada yg lain...WALLAHU A'LAM...

Ahad, 8 Mei 2011

my favourite song~~~~




Aku suka sangat lagu ni sebab liriknya sangat bermakna...
Mase pertama kali dengar,aku menangis,,haha,,,terus teringat kat AYAH n MAK..
Terima kasih ayah,,=)Terima kasih mak,,=)jage sy sampai besar n nnti serahkan sy pd org yang layak n soleh ye..^_^
Part yang paling aku suka..."Jadikanlah dia wanita syurga" amiin ya RABB.
Siape2 yang berkenaan,pimpinlah saya utk ke syurga bersama-sama..^_^
Untuk aku menjadi bidadarimu di syurga nanti..amin.

ya Rasulullah...



Ya Rasulullah...aku rindu padamu..
Teringat pada seorang sahabat yang pernah menceritakan kisahnya semasa menjalankan ibadah umrah.Pada masa itu dia berniat tidak mahu memperbaharui wudhu'nya yg dijaga daripada waktu solat sebelumnya.Kemudian uminya menegurnya.."Rasulullah sudah dekat pun,masih x nak ikut sunnahnya,apalagi bila dah jauh nanti.Cube bayangkan Rasulullah ade bersama kita,mesti Rasulullah sedih sangat tengok keadaan ummatnye sekarang.."'..Aku yang mendengar kisah itu turut terjentik imannya dan terkedu...banyak sangat kekurangan diri ini,terlalu banyak sunnah Rasulullah yang ditinggalkan.Sedarlah wahai diri dan pembaca,marilah sama2 kita mempraktikkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian kita..InsyaALLAH....

p/S:Kpd sahabat sy itu..syukran kathir krn cerita pd sy..^_^ mgkin ade ter'lain' sikit sbb x ingat sebiji-sebiji..hehe.

Selasa, 25 Januari 2011

couple..^_^



Agak melucukan. Tapi fenomena ini antara yang paling serius berlaku di kalangan muda mudi Islam kita. Perasaan untuk bercinta dan meluahkan perasaan tapi dalam masa yang sama berlajar di bidang agama atau pernah belajar di sekolah agama antara faktor kuat untuk menghidupkan "Couple Islamic" bukan " Islamic Couple".

"Islamic Couple hanya dengan nikah yang sah"

Mungkin berpandangan bahawa iman di dalam diri mereka kuat dan boleh mengawal nafsu maka golongan ini menganggap mereka ampuh dari melakukan maksiat. Akhirnya mereka dating dan bersama demi memenuhi hasrat hati.


Apa erti ber'couple' kalau tidak memahami perasaan pasangan. Ini memerlukan interaksi dan tindakan fizikal bagi membuktikannya. Maka disinilah punca masalahnya.


Cinta ini bagai api. Bila diberi ruang dan dituruti kehendaknya makin ia inginkan yang lebih dari apa yang ada.Tidak cukup dengan lafaz "mmmm"..miz u"...


Banyak kemudaratan "Couple Islamic" ini pada pihak perempuan. Kerana merekalah punca utama. Jika tiada respon maka tiada apa-apa perhubungan.Walau diasak dengan pelbagai mesej dan email. Biarpun dipujuk rayu dengan keindahan bahasa yang romantis dan mengayat perasaan.

Kalau setakat berkawan tidak salah tapi hendaklah :
1. Jangan tanpa pengetahuan Ibu bapa.
Eloklah bertunang.(kalau berani datanglah!)

2. Elakan Lafaz cinta dan ayat-ayat romantis.

3. Tiada perjumpaan
Melainkan di rumah pasangan sahaja dan bersama keluarga.

4.Selagi tiada aqad selagi itu tiada hak privasi seperti duduk berduaan, mempamerkan aurat dan lain-lain lagi.

Sabtu, 8 Januari 2011

DOA PENERANG HATI

اللهمّ نوّر قلبي بنور هدايتك كما نوّرت الأرض بنور شمسك ابدا ابدا
Maksudnya:
ALLAH,terangkan hatiku dengan cahaya hidayahMU,seperti kau terangkan bumi dengan matahari selama-lamanya.