Subscribe:

Ads 468x60px

Fruity Lemon Heart

Selasa, 25 Januari 2011

couple..^_^



Agak melucukan. Tapi fenomena ini antara yang paling serius berlaku di kalangan muda mudi Islam kita. Perasaan untuk bercinta dan meluahkan perasaan tapi dalam masa yang sama berlajar di bidang agama atau pernah belajar di sekolah agama antara faktor kuat untuk menghidupkan "Couple Islamic" bukan " Islamic Couple".

"Islamic Couple hanya dengan nikah yang sah"

Mungkin berpandangan bahawa iman di dalam diri mereka kuat dan boleh mengawal nafsu maka golongan ini menganggap mereka ampuh dari melakukan maksiat. Akhirnya mereka dating dan bersama demi memenuhi hasrat hati.


Apa erti ber'couple' kalau tidak memahami perasaan pasangan. Ini memerlukan interaksi dan tindakan fizikal bagi membuktikannya. Maka disinilah punca masalahnya.


Cinta ini bagai api. Bila diberi ruang dan dituruti kehendaknya makin ia inginkan yang lebih dari apa yang ada.Tidak cukup dengan lafaz "mmmm"..miz u"...


Banyak kemudaratan "Couple Islamic" ini pada pihak perempuan. Kerana merekalah punca utama. Jika tiada respon maka tiada apa-apa perhubungan.Walau diasak dengan pelbagai mesej dan email. Biarpun dipujuk rayu dengan keindahan bahasa yang romantis dan mengayat perasaan.

Kalau setakat berkawan tidak salah tapi hendaklah :
1. Jangan tanpa pengetahuan Ibu bapa.
Eloklah bertunang.(kalau berani datanglah!)

2. Elakan Lafaz cinta dan ayat-ayat romantis.

3. Tiada perjumpaan
Melainkan di rumah pasangan sahaja dan bersama keluarga.

4.Selagi tiada aqad selagi itu tiada hak privasi seperti duduk berduaan, mempamerkan aurat dan lain-lain lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan